Jagaannya pula sangat mudah.. Saya meletakkan Serindit saya dalam sangkar burung empat segi berukuran 1.5ft X 1 ft.. Saya memuatkan lebih kurang 5 ekor Serindit dalam setiap sangkar dan saya penuhi sangkar tersebut dengan bilah2 anggar.. Kerana Serindit seperti juga nuri yang lain gemar memanjat dan bergerak dari satu anggar ke anggar yang lain..
Dalam koleksi saya, menu makanan saya berikan seperti yang biasa diberi seperti buah2an yang berair, sambau/kambu/sekoi dan juga diet nasi.. Diet nasi ni mudah sahaja dan ada dua cara kita boleh sediakan kepada mereka;
1. Nasi yang digaul dengan gula dan air
2. Nasi yang dikisar sekali dengan air, gula, buah2an seperti epal dan sedikit nestum
No comments:
Post a Comment