Wednesday, 20 July 2011

Serindit

Sebenarnya Serindit ni antara species nuri yang boleh didapati di negara kita seperti Bayan dan Tanau/Puling.. Serindit ni walaupun dikenali sebagai hanging parrots (kerana tabiatnya yang gemar tidur tergantung ke bawah) tetapi ianya tergolong dalam keluarga Loridae.. Loridae adalah keluarga nuri yang 80% dari dietnya memakan buah2an, nektar dan 20% bijirin dan biji2an..Sama species dengan Rainbow Lorikeet, Chattering Lory, Dusky Lory dan lain2..

Jagaannya pula sangat mudah.. Saya meletakkan Serindit saya dalam sangkar burung empat segi berukuran 1.5ft X 1 ft.. Saya memuatkan lebih kurang 5 ekor Serindit dalam setiap sangkar dan saya penuhi sangkar tersebut dengan bilah2 anggar.. Kerana Serindit seperti juga nuri yang lain gemar memanjat dan bergerak dari satu anggar ke anggar yang lain..

Dalam koleksi saya, menu makanan saya berikan seperti yang biasa diberi seperti buah2an yang berair, sambau/kambu/sekoi dan juga diet nasi.. Diet nasi ni mudah sahaja dan ada dua cara kita boleh sediakan kepada mereka;

1. Nasi yang digaul dengan gula dan air
2. Nasi yang dikisar sekali dengan  air, gula, buah2an seperti epal dan sedikit nestum

Jebak

Jebak ialah sejenis alat untuk menangkap burung. Jebak biasanya dibuat dari rotan, batang salak,kayu, buluh dan macam-macam lagi la.